HOME ANAK-ANAK LUAHAN RASA TAJUK TAJUK CONTEST

31 October 2011

giveaway saya nak hadiah

1:04 PM 5 Comments


Bila di check GA yang aku join hampir semua telah pun berakhir..
ini bermakna kena join lagi GA yang aku rasa menarik & tertarik...
GA kali ini....Giveaway Saya Nak Hadiah daripada blog Rayquaz Story

syarat - syarat

Buat entry and letak banner di atas
Tinggalkan URL entry korang kat comment box Rayquaz Story
diWAJIBkan follow sponsor GA ini okay...

GA berlangsung mulai 03/10/2011 hingga 03/11/2011

untuk keterangan lebih lanjut klik Rayquaz Story

Good Luck !!!

30 October 2011

12:27 AM 5 Comments



*** blogshop pertamaku ***

Hye semua...
Dengan rasminya malam ini blogshop 
pertamaku dilancarkan....
Hmmm...apa perasaannya...
Rasa sangat penat jugak untuk 
nak menghasilkan 
Satu perniagaan yang 
berkonsepkan online ini......
Harapanku..agar blog ini mendapat 
sambutan pelbagai pihak....
InsyaAllah...Amin...

Ada juga support dari belakang tabir 
tau iaitu Herba Tihara & Onshop2u...
sangat-sangat terima kasih...
aku banyak belajar daripada 
beberapa blogshop 
terutamanya blog yang 2 ini... 

Tak lupa jugak member yang 
ada share kat dalam blogshop ini...
Miss NIna

Seperti biasa pembukaan blogshop 
mesti ada GA kan..so aku pun akan 
mengadakan GA buat julung kalinya....
tapi tunggu dulu sampai semua cukup settle....

Sampai sini dulu ek...:D






29 October 2011

blog kena hacked ???????

6:28 PM 3 Comments
Tadi bila aku nak post entry keluar the new look cover for posting..entah ayat aku betoi ke tidak..korang dah ada yang jumpa ke...macam tak best la pulak pasal aku tercari-cari kat mana nak klik post..kat mana nak letak tajuk..label pun kat side bar..last-last aku switch balik cover lama....baru senang sikit..naik cuak aku mula-mula ingat dah tukar ke blog aku pasal sehari tak buka...atau pc aku ni kena hacked ke..hahhah....

nak bagitau ni...aku mencari follower bertuah dekat blog aku ni kan..so....sekarang dah 49 orang yang memfollow aku..
means orang ke 50 adalah yang bertuah..
kepada sesiapa yang menjengah blog aku dan terbaca entry aku ni..
kalau korang yang ke 50..please email me okay..
bagitau koranglah yang bertuah tu....
sebab aku nak kasi hadiah..yeay...



Tata :d

LinkWithin

6:07 PM 0 Comments

Entry gembira..pasalnya aku dah berjaya letak 
kat bawah setiap entry aku tu...
Since semalam dekat office dah try buat tak mahu-mahu jugak..
dah ramai benau orang aku tanya still tak mahu..
ptg ni bukak pc saja je try..mana tahu ada rezeki nak jadi..
tup..tup...menjadi korang...:d
kira satu peningkatan buat aku...
aku dah berjaya letak Gadget baru..
LinkWithin ni gadget ke??????

28 October 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS

1:54 PM 20 Comments
Oleh kerana aku masih terlalu baru @ 
setahun jagung dalam bidang blogging ni...
jadinya follower aku pun ala-ala tak ramai...
di atas reason itulah aku join kempen tingkatkan jumlah followers ini....





dengan harapan lepas join ni ramailah follower blog 
yang tidak seberapanya ini....

syarat join mudah je...

buat entry khas..letak banner kat atas...
link back kat entry blog asal...
buatlah ayat yang menarik..tertarik & da boom 
supaya ramai-ramai buleh join jugak..
jangan lupa FOLLOW blog AZIM RAZAK

 dan LIKE page Terjal Bicara™→'Azim Razak© di Facebook 
(tiada paksaan namun digalakkan) - ini aku copy dari blog AZIM RAZAK

cepat korang sebab masa terhad..
aku baru je terbaca & 
terus buat entry....
jom lah join ramai-ramai okies...

nak tahu lebih lanjut klik sini... 
( aku kadang-kadang blur jugak nak tulis apa lagi )



entry khas untuk herba-tihara

9:50 AM 0 Comments


Kepada Kak Tiha from Herba Tihara
yana nak keluar pergi post office ni..
sebab nak post Gift yang telah dijanjikan untuk akak...
sorry saaangat lambat...packing nya dah lama tapi 
tak berupaya nak berkejar ke post office..
ni kira nak keluar minum pagi ni..
sambil tu menyinggah la kejap..
okay kak tunggu ek....
Gift yang tidak seberapa tapi TQVM for your very kindness....:D

WORDLESS FRIDAY

9:26 AM 2 Comments


Kenapa aku menggunakan tajuk Wordless Friday???
sebab orang suka guna Wordless Wednesday..hehehe..
hari ini sibuk sikit...nak settlekan kerja yang tertunggak..
tapi bukan sebab aku tak buat tapi sebab kekangan masa okay...
minggu depan kena prepare kerja baru 
untuk kejar dateline 14/11/2011...
semalam pergi Bukit Aman pun balik lewat sikit daripada biasa..sampai je rumah kena layan anak-anak pulak..sangat penat...kalau la buleh pergi SPA sambil diurut bestnya...:D
karang aku sambung..sekarang kena buat kerja dulu okies...
daa....


26 October 2011

ada apa dekat tesco

9:13 PM 0 Comments

Sambung cerita pergi jalan-jalan tadi....

kami pergi Tesco dekat Station 18..
saja pergi jauh sikit pasal dah boring shopping dekat Tesco sini..hahahah
sampai je terus makan dulu dekat A&W


makan ayam & fries....
beli 2 set makan 4 orang....


si Hasya & Zila (adik )


Haikal & ibu


muka poyo


banyak jugak diorang ni makan...lapar kot...

settle makan kitaorang masuk dalam Tesco la..
shopping barang-barang dapur sikit...


mereka berdua ni harus letak dalam troli kalau tak 
jenuh main lari-lari kejar diorang...


antara barang-barang yang sudah masuk troli...


posing kat tempat tisu..


lepas beli barang-barang kami teringin nak makan mini donut pulak...
pilihan kami no 4 sebab dip untuk donut habis jadi no 2 & no 3 tak ada
12 pcs mini donut with 3 varian flavour...RM 5.50 only..

zila pulak nak donut ice cream..RM 3.00..


so yummy...


inilah tempat mengadun donut...sempoi betul caranya..dunut akan keluar secara automatik dalam tempat mengoreng...kecil-kecil..cute sangat...


donut yang digoreng..bila dah garing tolak sikit masul tempat 
keluar sebelah kiri tu...
then letak dalam bekas..letak coklat & 
coklat rice segala bagai....siap....

setakat ini dulu nanti aku sambung lagi ya....

selamat hari deepavali

11:20 AM 2 Comments




Selamat hari deepavali semua...
kita kan satu malaysia...


cantik kan lampu-lampu ni..
kaum india ni memang mesra lampu minyak tanah ni...
comel jek..kecik-kecik...


kenal ke...
hehehe..kot-kot ada sedara mara sesapa....
arini cuti sehari...public holiday..
sapa keje dapat 3x payment kan???
apa plan korang..
aku nak bawak anak-anak keluar jalan-jalan 
kejap lagi dengan adik aku...

adik nak shopping...
kakak window shopping jek..hahhaha

daa....:D




Rest & Go

11:08 AM 0 Comments



mesin urut Gintel...
famous dekat Tesco..
best tau urut kat sini..
lega rasa tulang belikat ni..:D



godek-godek terjumpa gambar haikal dolu-dolu..
orang nak berurut dia pun sama..
apa yang diletihkan sangat tak tahulah..
so kasi je dia try...




Bab bergambar memang nombor 1..
masa ni tak abis-abis dengan Peace nya...
nak bergambar jek mesti keluar peace tu...




syakir haikal




lega rasa dah berurut ye...:D



25 October 2011

sapa nak FM foto free

2:02 PM 3 Comments


ini ada satu contest
sangat menarik pasal hadiah 
dia berbeza sket dari yang lain..
(FM gambar korang @ anak @ yang tersayang)
seperti contoh kat banner tuh...
and penyertaan pun agak unik..
nak tahu lebih lanjut klik sini ...
jom join ramai-ramai & tengok siapa yang menang 
sebab pemenang secara cabutan bertuah ye...




tarikh tutup pada 30 OKTOBER 2011
hurry up guys!!!!

24 October 2011

2intim8 contest..menang hadiah RM 100

3:48 PM 1 Comments



Ini contest kat blog nana
Dia join contest Safi Balqis

So mintak tolong kat kawan-kawan LIKE kan gambar dia n geng 
supaya dapat menang hadiah..
syarat-syarat mudah yang harus dilakukan..

1. Like FB Safi
3. Klik galeri & Like 3 gambar Nana & Geng 
4. Buat 1 entry berkaitan contest ini dan link back ke blog Nana - 
jangan lupa letak banner kat atas
5. Tinggal kan link & id FB korang kat komen box Nana

Ini aku Copy & Paste je dari blog Nana

(korang bole like sebanyak mana yg korang nak dalam sehari 
sebab permarkahan adalah berdasarkan 50% undian (like) di laman Facebook rasmi SAFI 
dan 50% lagi daripada pihak juri & 
ajak lah adik, kakak, abang, pakcik. makcik seme orang kampung tolong like sama...
lagi banyak korang like, lagi cerah peluang korang nak menang hadiah)
tarikh last vote : 30 November 2011


hadiah macam-macam ada...
aku dah berkenan dah salah satu hadiah tu..hikss...

selamat maju jaya..:D

Air Mata Nursalina

12:11 PM 4 Comments

Ini review cerita malam tadi aku tengok kat TV3...
Air Mata Nursalina..Tragis betoi ceritanya...


Lakonan Umie Aida




dan Remy Ishak


Mengenai Afka ( Remy Ishak ) & Salina ( Umie Aida ) saling mencintai dan kahwin lari...
Permulaan hidup bahagia & Hepi sebab dah buka bisnes.. 
Maknanya diorang berjaya hidup sendiri 
walaupun mendapat tentangan keluarga
Dapat pula seorang cahaya mata..
penambah kasih Sayang suami Isteri..

Then datanglah ujian Allah bila Afka asyik gila berjudi..
hasutan daripada kawan (aku lupa nama dia pasal dia jahat ) lakonan Adi Putra yang pernah syok kat isteri si Afka ni..
kawan sekampung jugak..

Punya lepas gian berjudi sampai akhirnya Salina terpaksa bersalin sendirian di dalam teksi ODW nak pergi Hospital..
Call Afka tak dapat-dapat..

Syarikat pun kena sealed sebab tak dapat bayar sewa..
last-last rumah pun kena sealed..
duduk merempat kat rumah setinggan hasil belas 
kasihan seorang kawan...

Mula-mula okay bila dah insaf sikit lepas tu jumpa balik dengan kawan yang asyik menghasut Afka berjudi sehingga dia sanggup beri kebenaran kawan dia bermalam dengan Salina 
sekali gara-gara nak bayar hutang...


Ini part Afka pijak perut Salina sebab nak kan barang kemas untuk di gadai...( tak guna betoi laki macam ni )




ini Salina di dalam penjara kerana membunuh suami sendiri..
Salina dijatuhkan hukuman gantung sampai mati..
Salina ni adalah seorang perempuan yang sangat naif dan menyayangi suami dan anaknya..sanggup berkorban apa sahaja demi mereka...dia bunuh suami dia pun sebab si Afka ugut nak bunuh anak diorang..aku memang tak faham lelaki jenis macam ni..
bagi aku bodoh sebab ikutkan ego diri sendiri 
dan menyusahkan anak bini...


Selanjutnya silalah saksikan sendiri ye..
Google la mana ceruk untuk tengok...:D


aku suka Remy Ishak ni tapi dalam cerita ni meluat sungguh..menyampah aku...
( kira lakonan dia berkesan la kan )...

Moral of The Story 

jadilah suami yang baik yang boleh dibuat tempat bergantung..
jadilah suami yang sangat bertanggungjawab terhadap keluarga..
jadilah seorang suami yang penyayang untuk anak & isteri..

20 October 2011

hairpin baru sofiya hasya

3:58 PM 2 Comments


hairpin dari blog Craft & Crochet...si Hasya ni asyik bergerak2..
payah sungguh nak ambik gambar..dah la medium untuk ambik gambar pun dah uzur..hahha...


perasan abis tu...banyak gak aku beli..geram tengok nya..
lagipun pikir ada anak pompuan kan so..apa salahnya...


konon nak buat post paling terbaik la tu...


ni dah kena marah sket ngan aku...


ni dah kena marah banyak...muka pun dah kelat...





yang ini aku suka...



okaylah cukup sudah.....
jom beli kat Craft & Crochet